Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga bisa memahami bahasa binatang.
Dia bisa bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa
semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari
sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat
kaya raya ini.
Firman Allah, Dan
Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, hai manusia, kami telah
diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu karunia yang nyata.
Dan dihimpunkan
untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu
diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di
lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya,
sedangkan mereka tidak menyadari.
Maka Nabi
Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.
Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku karunia untuk mensyukuri nikmat-Mu
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku;
karuniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau
ridhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan
hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah
riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor
semut, Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah
dalam waktu satu tahun? Sebesar biji gandum, jawabnya. Kemudian, Nabi
Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah
botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat
nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian
biji gandum itu.
Mengapa engkau
hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya? tanya Nabi Sulaiman.
Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah, jawab si semut.
Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku.
Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat
kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum
lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan
sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.
Nabi Sulaiman,
walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan
terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata.
Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan
Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri
Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat
dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun
kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh
sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi
Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya
tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia
masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya.
Bukan kerana
khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman
tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau
berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan
kepada manusia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar